Site icon TechNave BM

Pelancaran ASUS ROG Phone 3: Snapdragon 865+, AMOLED 144Hz, 6,000mAh berharga ~RM4,920

ASUS hari ini telah melancarkan sebuah telefon pintar gaming flagship terbaru, ASUS ROG Phone 3. Peranti yang sarat dengan pelbagai teknologi dan spesifikasi canggih ini terdapat dalam dua varian utama iaitu ROG Phone 3 dan ROG Phone 3 Strix Edition, masing-masing dijual pada harga bermula €999(~RM4,920) dan €799(~RM3,935).

ROG Phone 3 adalah antara telefon terawal dalam dunia yang dilengkapi cipset flagship Snapdragon 865 Plus 5G untuk prestasi gaming sebaik mungkin pada tahun ini. Digabungkan dengan RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS3.1, ASUS mengatakan peranti ini adalah telefon Android terpantas dalam dunia setakat ini.

Untuk pengalaman gaming imersif, paparannya adalah skrin AMOLED berukuran 6.59 inci yang memberi kadar segar semula (refresh rate) tinggi sehingga 144Hz dan tindak balas sentuhan (touch latency) sepantas 25 milisaat.

ROG Phone 3 dilengkapi pelbagai ciri-ciri yang dikhaskan untuk gaming seperti sistem penyejukan GameCool 3, butang penjuru ultrasonik AirTrigger 3, port USB Type-C yang berada di sisi untuk kemudahan bermain game sewaktu mengecas, pembesar suara GameFX dan banyak lagi.

Berikut adalah spesifikasi penuh ASUS ROG Phone 3:

Pembeli ROG Phone 3 turut akan mendapat aksesori penyejuk AeroActive Cooler 3 yang bukan sahaja mengurangkan haba telefon, malah berfungsi sebagai tongkat dan penghubung bicu audio 3.5mm. Ia masih mempunyai USB Type-C untuk membenarkan pengecasan telefon dan aksesori ini tidak memerlukan sumber tenaga luaran.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki peranti gaming canggih ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version