Site icon TechNave BM

Pelancaran filem A Quiet Place Part II akan ditunda akibat Koronavirus

Selain darpiada filem No Time To Die, satu lagi filem telah terjejas oleh Koronavirus. Pengarah John Krasinski mengesahkan A Quiet Place Part II telah ditangguhkan. Paramount telah memindahkan filem itu dari jadualnya, tanpa memberitahu tarikh pelepasan baru yang diketahui pada masa ini. Krasinski berkongsi berita ini di Twitter, seolah-olah menunjukkan pelancaran filem di ini tidak akan ditayangkan dalam masa terdekat.

Walaupun peminat mungkin kecewa mendengar tentang penangguhan tarikh pelepasan A Quiet Place Part II, ketahuilah bahawa ini adalah pilihan terbaik. Dari segi keuntungan, filem itu mungkin akan mempunyai peluang yang lebih baik jika membuat acara tayangan selepas krisis Koronavirus berlalu.

Pawagam telah ditutup di seluruh Eropah apabila kerajaan meningkatkan langkah-langkah untuk membendung wabak tersebut. Hampir semua teater telah ditutup di Itali, Poland, sebahagian dari Timur Tengah dan India juga tidak terkecuali.

Adakah anda tidak sabar untuk mengetahui tarikh pelepasan yang baru untuk filem ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Screenrant

Exit mobile version