Site icon TechNave BM

Pelancaran Game Cyberpunk 2077 ditangguhkan lagi sekali sehingga 19 November!

Cyberpunk 2077, sebuah game dunia terbuka jenis RPG penantian ramai kini ditangguhkan lagi dan tarikh pelancarannya berubah dari tarikh asal, 17 September ke 19 November berdasarkan pengumuman pemaju (developer) game tersebut, CD Projekt Red di laman sosial Twitter.

Pengumuman tersebut menyatakan bahawa game tersebut sudah siap secara teknikal dari segi kandungan, perspektif permainan dengan semua pencarian (quest), cutscene, kemahiran (skill), barang dan kefungsian (functionality). Namun disebabkan hasil terakhir game yang kompleks dan besar, CD Projekt Red menyatakan mereka perlukan masa yang lebih untuk periksa semula game secara menyeluruh, menstabilkan mekanisme game dan membaiki pepijat yang sangat banyak.

Cyberpunk 2077 ini sudah mula dibangunkan sejak dari 2013 lagi dan tarikh pertama pelancarannya adalah 16 April yang lepas, tetapi ditangguhkan ke 17 September pada Januari yang lepas. Komponen multiplayer di dalam game ini juga telah ditangguhkan sehingga selepas 2021. Anda masih teruja menunggu pelancaran game ini pada hujung tahun ini? Kongsikan keterujaan anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming terkini.

Exit mobile version