Site icon TechNave BM

Pelancaran global HONOR View 30 Pro – Dengan sokongan 5G, kamera SuperSensing dan SuperCharge 40W

Terdahulu, HONOR telah memberi peluang untuk kami menyajikan anda pengalaman bersua dengan HONOR 9X Pro. Terkini, HONOR turut melancarkan HONOR View 30 Pro secara global bersama beberapa peranti dan aksesori lain.

HONOR View 30 Pro hadir dengan paparan 6.7 inci penuh (fullview) bersama butang power cap jari sisi. Dengan gabungan cipset Kirin 990 5G, RAM 8GB, varian storan 128GB/256GB, bateri berkapasiti 4100mAh dan HONOR SuperCharge 40W, peranti ini pastinya menunjukkan prestasi yang baik. Tidak lupa juga kehadiran teknologi penyejukan yang bakal menghilangkan haba dengan pantas!

Berkenaan kamera, HONOR View 30 Pro dilengkapi kamera utama 40MP SuperSensing Pro + 12MP (lensa Cine) + 8MP (telefoto) dan kamera selfie AI 32MP + 8MP (selfie sudut lebar). Anda bukan sahaja bakal memiliki tangkapan gambar yang memukau, tetapi anda juga boleh menghasilkan rakaman video mantap dengan videografi dwi-tonton (Dual-View) dan penstabilan video 5-axis.

Setakat ini, peranti ini hanya diumumkan bakal hadir Russia dan beberapa negara lain bermula pada Mac ini. Apa pun, mungkin ianya bakal hadir di Malaysia, tetapi kami masih tiada maklumat mengenai tarikh rasmi keberadaannya di Malaysia. Adakah anda berminat dengan HONOR View 30 Pro? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version