Site icon TechNave BM

Pelancaran global peranti flagship 5G, realme X50 Pro 5G secara dalam talian, 24 Februari ini

Berikutan pembatalan MWC 2020 di Barcelona, realme kini mengambil inisiatifnya sendiri untuk tidak mengecewakan peminat teknologi. Terkini, realme mengumumkan bahawa pelancaran flagship 5Gnya, X50 Pro 5G bakal dilangsungkan di Madrid secara dalam talian pada 24 Februari, jam 10:00 AM.

Acara pelancaran bertemakan ‘Speed of the Future’ ini boleh ditonton pada laman YouTube, Facebook dan realme.com. Terdahulu, realme X50 5G dilancarkan pada tahun ini dengan cipset Snapdragon 765G.

Untuk realme X50 Pro 5G pula, pastinya realme meningkatkan prestasi dengan menaik taraf kepada cipset Snapdragon 865 5G. Anda sendiri boleh menjangkakan prestasi peranti yang dihuni cipset tahap tinggi sebegini.

Jangan lupa untuk menonton pelancarannya! Adakah anda berminat dengan realme X50 Pro 5G? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk liputan berita pelancaran telefon pintar.

Exit mobile version