Site icon TechNave BM

Pelancaran HONOR 30S: Telefon kelas pertengahan dengan Kirin 820 5G dan 4 kamera bermula ~RM1,465

Hari ini HONOR telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan-atas (upper mid-range) terbarunya, HONOR 30S, di China. Harganya bermula daripada RMB2,399(~RM1,465) untuk varian 8GB + 128GB dan RMB2,699(~RM1,648) untuk varian 8GB + 256GB .

Ia dilengkapi cipset Kirin 820 5G, skrin berukuran 6.5 inci dan pengimbas cap jari yang berada di bahagian sisi. Daripada segi kamera, ia akan dilengkapi empat kamera yang terdiri daripada 64MP + 8MP + 8MP + 2MP dengan kebolehan zum optikal 3x. Bagi kamera hadapan pula, ia mempunyai kamera 16MP.

Kamera HONOR 30S mempunyai teknologi Super Night Mode dan penstabilan video AIS (Artificial Intelligence Image Stabilisation). Selain itu, telefon itu juga dilengkapi pengecasan pantas 40W dan bateri 4,000mAh, di mana HONOR mengatakan boleh dicas sehingga 70% sepantas 30 minit.

Berikut adalah spesifikasi penuh HONOR 30S:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli telefon ini sebaik sahaja ia berada dalam pasaran Malaysia dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version