Site icon TechNave BM

Pelancaran HONOR 9X Pro, HONOR MagicBook pada hari ini ditunda!

Terdahulu, HONOR 9X Pro dan HONOR MagicBook telah diumumkan. Namun, peminat teknologi masih menanti pelancarannya yang rasmi di Malaysia. Melalui pengumuman HONOR yang terbaru, pelancaran yang sepatutnya berlangsung pada hari ini (19 Mac 2020) telah ditunda ke tarikh baru yang bakal diumumkan. Penangguhan ini adalah kerana HONOR komited untuk bekerjasama dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan baru-baru ini di Malaysia.

Sepintas lalu, HONOR bakal melancarkan peranti seterusnya, HONOR 9X Pro dikuasai oleh cipset Kirin 810, RAM 6GB dan storan 256GB yang boleh dibesarkan sehingga 512GB. Bukan itu sahaja, tetapan tiga kamera utama dihuni sensor 48MP + lensa super ultra-lebar 8MP + sensor kedalaman 2MP dan kamera hadapan pop-up 16MP.

MagicBook pula dilengkapi AMD Ryzen R5-3500U, GPU Radeon Vega 8, RAM 8GB, SSD 512GB dan paparan LCD 14 inci dengan resolusi 1920 x 1080. Selain kedua-dua alat teknologi ini, HONOR turut akan mengumumkan MagicWatch 2 Edisi Rose Gold. Usah khuatir, kami akan memaklumkan tarikh pelancaran yang baru kepada anda dengan kadar yang segera.

Sebagai tambahan, HONOR Experience Store juga ditutupsehingga 31 Mac untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Apa pun, anda masih boleh menghubungi laman web rasmi HONOR Malaysia. Luahkan komen anda mengenai hal ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia unutk berita teknologi terkini.

Exit mobile version