Site icon TechNave BM

Pelancaran HONOR 9X Pro Malaysia: Cipset Kirin 810, ROM 256GB dan sistem penyejukan cecair berharga RM999

Industri telefon pintar merupakan salah satu industri yang masih kekal melancarkan pelbagai produk secara dalam talian berikutan pandemik yang melanda. HONOR tidak terkecuali untuk melancarkan barisan ahli keluarganya yang terbaru (dahulunya telah dilancarkan secara global). HONOR kini melancarkan HONOR 9X Pro, peranti kelas pertengahan dengan storan tinggi 256GB berharga RM999 sahaja untuk pasaran Malaysia.

Antara spesifikasi dan ciri teknologi yang menonjol pada HONOR 9X Pro dengan paparan berukuran 6.59 inci ini adalah cipset HiSilicon Kirin 910 (7nm) yang digabungkan bersama ciri GPU Turbo 3.0 untuk prestasi peranti yang lancar. Bukan itu sahaja, versi Pro ini turut dihuni sistem penyejukan cecair yang dikatakan mampu mengurangkan suhu peranti sebanyak 5° Celcius. Dengan spesifikasi RAM 6GB dan storan dalaman sehingga 256GB, peranti ini kelihatan agak berprestasi dalam kategori kelas pertengahan.

Pilihan warna Phantom Purple
Tetapan 3 kamera belakang AI 48MP

Berkenaan kamera pula, ia terdiri daripada tetapan tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP + kanta super ultra-lebar 8MP + pengesan kedalaman 2MP manakala kamera hadapan pula adalah kamera pop-up 16MP. Kameranya juga mempunyai ciri AIS (AI Image Stabilisation) ‘Super Night Mode 2.0’ untuk tangkapan gambar yang jelas dalam keadaan malap. Anda boleh rujuk senarai spesifikasi asas di bawah atau klik pada capaian ini.

HONOR MagicWatch 2 Edisi Sakura Gold

HONOR MagicWatch 2 Edisi sakura Gold ini berukuran 42mm, bersesuaian dengan si pemakai yang memiliki pergelangan tangan kecil. Ia bakal dihadir dengan paparan boleh sentuh AMOLED beresolusi 390 x 390 piksel yang menyokong pelbagai latar belakang paparan. Ia hadir dengan cipset Kirin A1 dengan ketahan bateri sehingga 7 hari.

Berkenaan ciri teknologinya yang lain, ia dilengkapi GPS, sistem pengesanan GLONASS, 15 jenis mod kesihatan, 13 kursus larian yang berbeza dan pembimbing VoiceOver. Agak tidak lengkap jika jam tangan pintar tidak mempunyai monitor degup jantung, tidur dan stress. Jam tangan pintar ini memiliki semuanya termasuklah storan yang boleh menyokong penyimpanan lagu sebanyak 500 lagu.

Untuk pembelian, HONOR 9X Pro bakal berada di pasaran dengan harga RM999 pada 17 April 2020 ini di seluruh HONOR Experience Store Malaysia. Jika anda merancang untuk membelinya, anda akan dapat membawa pulang HONOR Band 5i percuma! HONOR MagicWatch 2 Edisi Sakura Gold pula boleh mula dibeli melalui laman web HONOR dan Shopee pada 8 April ini, bermula jam 12AM. Anda juga boleh membawa pulang HONOR Sport Pro percuma jika anda membeli jam tangan pintar ini!

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran dan ulasan telefon pintar terkini.

Exit mobile version