Site icon TechNave BM

Pelancaran HONOR MagicBook Malaysia: Komputer riba dengan AMD Ryzen 5, SSD 512GB berharga RM2,299

Hari ini, HONOR Malaysia telah melancarkan komputer ribanya yang terbaru iaitu HONOR MagicBook. Pada harga RM2,299, komputer riba mampu milik daripada HONOR ini adalah sebuah produk yang menarik untuk kegunaan multimedia harian anda. Dengan sempadan bezel senipis 5.2mm dan nisbah skrin-ke-badan setinggi 81%, ia akan memberi paparan gambar yang lebih imersif.

Komputer riba ini dilengkapi skrin LCD IPS 14 inci, cipset AMD Ryzen 5 3500U, kad grafik Radeon Vega 8, RAM DDR4 8GB, bateri 57.4Wh, pembesar suara Dolby Atmos dan sistem operasi Windows 10. Setiap HONOR MagicBook turut disertakan bersama Microsoft Office.

Berikut adalah spesifikasi penuh HONOR MagicBook:

Anda boleh menempahnya di laman web HONOR Malaysia, Shopee, Sen Heng dan senQ di mana anda juga layak mendapat hadiah bernilai RM1,017. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli komputer riba HONOR ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version