Site icon TechNave BM

Pelancaran HONOR MagicBook Pro : Intel Core 10th Gen dan Nvidia MX350 bermula ~RM3663

HONOR telah melancarkan HONOR MagicBook Pro di pasaran China melalui sebuah acara pelancaran produk pintar HONOR. Komputer riba dengan spesifikasi yang agak mantap ini telah dilancarkan di China semalam, jadi mungkin ada yang sudah tahu mengenai spesifikasinya.

HONOR MagicBook Pro selari dengan perkembangan spesifikasi komputer riba terkini di mana ia dijana oleh CPU Intel Core Generasi Ke-10. HONOR memberikan dua pilihan varian iaitu CPU Intel Core i7 atau Intel Core i5. Grafiknya pula dioperasikan GPU Nvidia GeForce MX350 lengkap dengan RAM DDR4 16GB. Turut hadir adalah SSD sehingga 512GB dan paparan FHD 16.1-inci.

Menurut HONOR, ciri teknologi menarik yang ada pada komputer riba ini ialah mod berprestasi tinggi dengan menggunakan kombinasi kekunci (fn + p) yang mampu mengoptimumkan prestasi CPU sebanyak 8%. Seperti ciri HUAWEI Share, anda juga boleh menyambung komputer riba ini dengan peranti HONOR anda untuk menguruskan fail melalui kolaborasi multi-skrin.

Varian Intel Core i5 berharga 5999 yuan (~RM3663), manakala varian Intel Core i7 berharga 6699 yuan (~RM4091).

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version