Site icon TechNave BM

Pelancaran HONOR Play 9A: Telefon kelas permulaan dengan bateri 5,000mAh dan skrin 6.3 inci bermula RM550

Seiring dengan pelancaran HONOR 30S di China pada hari ini, sebuah telefon pintar kelas permulaan juga dilancarkan iaitu HONOR Play 9A. Tarikan utama telefon ini adalah kapasiti baterinya yang besar iaitu 5,000mAh dan harganya bermula pada RMB899(~RM550) untuk varian 4GB + 64GB dan RMB1,199(~RM732) untuk varian 4GB + 128GB.

Selain kapasiti baterinya yang besar, ia turut dilengkapi skrin berukuran 6.3 inci dengan notch berbentuk dewdrop dan kebolehan pengecasan berbalik untuk mengecas telefon pintar lain.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli telefon ini sebaik sahaja ia berada dalam pasaran Malaysia dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version