Site icon TechNave BM

Pelancaran HUAWEI MediaPad M6 10.8 Malaysia: Paparan Kristal 2K dan Kirin 980 bermula dengan harga RM1899!

Terkini, HUAWEI kembali ke pasaran teknologi dengan tablet flagship yang bercirikan hiburan premium. MediaPad M6 10.8 dilancarkan di Malaysia pada hari ini dengan membawa imej tablet yang berprestasi tinggi dengan reputasi produktiviti kerja yang baik dan mesra kanak-kanak.

Sepintas lalu, tablet flagship ini dikuasakan cipset berprestasi tinggi Kirin 980 terbina dalam (built-in) dan memiliki kapasiti bateri 7500 mAh yang mampu bertahan sehingga 11 jam. Hadir dengan paparan IPS beresolusi tinggi 2560 x 1600, anda kini boleh menikmati pengalaman menonton yang jelas dan memuaskan. Anda juga boleh memuaskan hawa telinga anda dengan teknologi sistem bunyi Quad-channel dan pembesar suara stereo Quad. Tidak cukup dengan itu, tablet ini menyediakan pembesar suara amplitud yang diharmonikan oleh Harman Kardon.

Senarai ringkas ciri dan spesifikasi MediaPad M6 10.8:

Untuk prestasi produktiviti, tablet ini dilengkapi HiVision dengan teknologi AI yang memudahkan setiap urusan anda. Papan kekunci magnetik dan stilus M-Pen Lite yang disertakan menambah nilai hebat pada HUAWEI MediaPad M6 10.8. Hadir dengan sudut untuk kanak-kanak dan perlindungan mata Multi-Eye Protection, tablet ini sememangnya tepat menggambarkan imej tablet mesra kanak-kanak. Tablet ini hadir dengan aksesori yang berlainan mengikut pilihan anda seperti yang tertera di bawah.

Untuk setiap pembelian HUAWEI MediaPad M6 10.8 yang bermula dengan harga serendah RM1899, anda layak mendapat hadiah percuma seperti M-Pen Lite dan sarung kulit bersama papan kekunci yang bernilai RM568. Pembelian di Malaysia bermula pada 20 Disember 2019. Perlu diingatkan, hadiah percuma hanya tersedia sementara stok masih ada. Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh mengunjungi laman web HUAWEI dengan kadar segera.

Anda ingin dapatkan tablet flagship berprestasi dengan harga berpatutan ini? Apakah ciri HUAWEI MediaPad M6 10.8 yang dikagumi? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran peranti teknologi terkini.

Exit mobile version