Site icon TechNave BM

Pelancaran LG Velvet: Snapdragon 765G, skrin P-OLED 6.8 inci & kamera Raindrop berharga ~RM3,190

Semalam, LG telah melancarkan telefon pintar terbaru, LG Velvet, untuk pasaran antarabangsa selepas pelancaran di Korea Selatan beberapa bulan lalu. Telefon pintar tersebut akan dilancarkan di Jerman, Itali, Sepanyol, Hungary dan Poland pada bulan ini, disusuli dengan pelancaran di Amerika Utara, Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Selatan dalam minggu-minggu seterusnya.

Telefon tersebut mempunyai rekaan 3D Arc Design yang menampilkan permukaan kaca berkilauan dan skrin melengkung. Tidak seperti kebanyakan telefon pintar lain yang mempunyai bonggol kamera di belakang, kamera dalam LG Velvet disusun dalam rekaan Raindrop yang menyerupai titisan hujan.

Ia dilengkapi skrin melengkung P-OLED Cinematic FullVision berukuran 6.8 inci dengan nisbah aspek 20.5:9. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera lebar 8MP dan sensor kedalaman 5MP, manakala kamera hadapan pula adalah kamera 16MP.

LG Creator’s Kit akan membantu pengguna dalam menghasilkan kandungan yang lebih menarik dengan ciri seperti Timelapse Control, ASMR Recording, Voice Bokeh dan banyak lagi.

Berikut adalah spesifikasi penuh LG Velvet:

Ia datang dalam pilihan warna Illusion Sunset, Aurora Green, Aurora White dan Aurora Gray serta pelbagai warna akan datang seperti Aurora Silver dan New Black. Harganya di Korea Selatan adalah 899,800 Won (~RM3,183).

Masih tiada berita rasmi tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: LG

Exit mobile version