Site icon TechNave BM

Pelancaran Mi Note 10 Lite di Malaysia: Snapdragon 730G, kamera 64MP, bateri 5,260mAh berharga RM1,599

Hari ini, Xiaomi Malaysia telah melancarkan varian baru Xiaomi Mi Note 10 dengan harga yang lebih berpatutan. Mi Note 10 Lite akan dijual di pasaran Malaysia pada harga RM1,599 bermula 12 Mei di Lazada dan Authorised Mi Store.

Antara spesifikasi menonjol yang hadir pada Xiaomi Mi Note 10 Lite adalah pengoperasian cipset Snapdragon 730G. Ia turut dilengkapi tetapan empat kamera yang mempunyai sensor SONY IMX686 64MP, kamera ultra lebar dengan sudut pandangan seluas 120°, kamera makro dan sensor kedalaman. Ia juga mampu untuk merakam video 4K dan gerak perlahan (slow-motion) sehingga 960 fps.

Bukan itu sahaja, kapasiti baterinya yang sudah besar (5,260mAh) tidak akan mempunyai masalah untuk tahan selama lebih daripada sehari. Malah, teknologi pengecasan pantas 30W boleh mengecas penuh bateri besar itu selama 64 minit sahaja. Selain itu, Xiaomi turut menyertakan pemancar infra-merah (IR blaster) dan bicu audio 3.5mm dalam peranti ini.

Semak spesifikasi asas Xiaomi Mi Note 10 Lite seperti di bawah.

Xiaomi Mi Note 10 Lite

Ia akan mula dipasarkan bermula 12 Mei di Lazada dan Authorised Mi Stores. Sempena pelancaran ini, Xiaomi juga mengadakan promosi khas di mana setiap pembelian Mi Note 10 Lite di Lazada akan mendapat beg Mi Business Backpack bernilai RM99, manakala di Authorised Mi Stores pula mendapat power bank 20,000mAh bernilai RM99.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan Mi Note 10 Lite ini dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version