Site icon TechNave BM

Pelancaran Microsoft Surface Pro 8: Mungkin lengkap skrin 120Hz dan sokongan Thunderbolt

Microsoft mungkin bakal melancarkan tablet Surface Pro 8 pada minggu hadapan. Pengguna Twitter Shadow_Leak telah menulis satu ciapan yang mendedahkan foto Surface 8 Pro, dengan gambar itu seolah-olah menunjukkan sebuah iklan untuk produk tersebut.

Pendedahan tersebut mendakwa bahawa Surface Pro 8 baru mungkin akan hadir dengan:

Microsoft akan mengadakan acara perkakasan Surface pada 22 September, di mana ia mungkin mengumumkan Surface Duo disamping Surface Pro 8 baru, Surface Go 3, Surface Book Pro baru dan versi terbaru Surface Pro X.

Microsoft Surface Duo 2 memperoleh 1071 mata dalam teras tunggal dan 3166 mata dalam ujian pelbagai teras dalam ujian Geekbench 5. Selain itu, senarai Geekbench akan menggandingkan SoC Snapdragon 888 dengan GPU Adreno 660 yang lebih cekap. Menurut laman web Droid pengunaan Surface Duo 2 akan disokong Android 11 OS.

Namun, masih tiada perincian lain seperti paparan, sensor, kamera, dan banyak lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Microsoft Surface Duo 2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version