Site icon TechNave BM

Pelancaran MIUI 12.5 disahkan, akan dilancar bersama Xiaomi Mi 11

Pengasas, pengerusi dan CEO Xiaomi Lei Jun hari ini telah berkongsi poster baru di Weibo untuk pelancaran telefon pintar Xiaomi Mi 11, di mana poster tersebut menunjukkan pelancaran untuk sistem operasi MIUI 12.5.

Dalam sebuah kiriman di Weibo, Lei Jun mengatakan bukan Mi 11 sahaja yang akan dilancar pada 28 Disember, malah sistem operasi MIUI 12.5. Berdasarkan gambar dalam poster itu, ia mungkin akan memperbaharui ketelusan maklumat serta efek lutsinar.

Sistem operasi MIUI 12 telah pun dilancar pada Mei lalu dan kini Xiaomi sudah pun bersedia untuk memperkenalkan kemas kini terbaru, MIUI 12.5. Walau bagaimanapun, terdapat sumber mengatakan Mi 11 tidak akan dilancarkan dengan kemas kini tersebut, sebaliknya hanya akan dilengkapi MIUI 12.0.9.0 berdasarkan Android 11.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version