Site icon TechNave BM

Pelancaran OnePlus Nord di Malaysia: Snapdragon 765G, AMOLED 90Hz, kamera Sony IMX586 bermula RM1,799

OnePlus hari ini telah melancarkan telefon kelas pertengahan OnePlus Nord untuk pasaran Malaysia, sebulan selepas pelancarannya untuk pasaran antarabangsa. Ia akan dijual pada harga bermula RM1,799 untuk varian 8GB + 128GB.

Secara ringkas, OnePlus Nord dilengkapi cipset Snapdragon 765G, empat kamera termasuk kamera utama yang mempunyai sensor Sony IMX586 dan juga dwi-kamera hadapan. Skrinnya adalah AMOLED 90Hz berukuran 6.44 inci yang diperbuat daripada Corning Gorilla Glass 5. Seperti model flagship OnePlus 8, OnePlus Nord boleh menyokong rangkaian 5G.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk OnePlus Nord:

Selain Nord, OnePlus telah melancarkan earphone wayarles OnePlus Buds yang berharga RM399. OnePlus Malaysia turut menawarkan pakej khas, di mana OnePlus Nord dengan varian 12GB + 256GB akan dijual bersama OnePlus Buds dengan harga keseluruhan RM2,399.

OnePlus Nord akan mula dijual pada hari ini (18 Ogos) jam 1:00 petang di laman rasmi OnePlus dalam Shopee dan pada 22 Ogos di pengedar OnePlus sah. Untuk OnePlus Buds pula, ia akan mula dijual di Shopee bermula 25 Ogos. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon pintar OnePlus ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version