Site icon TechNave BM

Pelancaran POCO F2 Pro: Snapdragon 865, LiquidCool 2.0, bateri 4,700mAh bermula ~RM2,350

POCOPHONE hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru yang dinamakan POCO F2 Pro. Dengan slogan Powerfully Cool, POCOPHONE mengetengahkan peranti ini sebagai telefon dengan spesifikasi flagship yang dijual pada harga lebih rendah daripada flagship lain, iaitu bermula €499 (~RM2,350).

Spesifikasinya terdiri daripada cipset Snapdragon 865 dengan 5G, RAM LPDDR5, storan UFS 3.1 dan teknologi penyejukan LiquidCool Technology 2.0 untuk pengudaraan haba yang lebih baik sewaktu mengendali aplikasi berat.

Skrinnya pula adalah FHD+ AMOLED berukuran 6.67 inci dengan sokongan HDR10+, nisbah skrin-ke-badan setinggi 92.7% dan touch sampling rate 180Hz untuk tindak balas yang pantas dalam gaming. Ia juga dilengkapi bateri 4,700mAh dengan pengecasan pantas 30W yang mengambil masa 63 minit untuk pengecasan penuh.

Daripada segi kamera, ia mempunyai empat kamera di belakang yang terdiri daripada kamera utama 64MP dengan sensor Sony IMX686, kamera ultra-lebar 13MP dengan sudut penglihatan seluas 123°, kamera telemakro 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Untuk kamera selfie pula, ia adalah kamera pop-up 20MP. Kebolehan kameranya termasuk Night Mode 2.0, rakaman 8K dan video gerak perlahan.

Berikut adalah spesifikasi penuh POCO F2 Pro:

Ia terdapat dalam tiga warna iaitu kelabu Cyber Grey, biru Neon Blue, putih Phantom White dan ungu Electric Purple. Harga untuk pasaran antarabangsa adalah €499 (~RM2,350) untuk 6GB+128GB dan €599 (~RM2,820) untuk 8GB+256GB.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan POCO F2 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version