Site icon TechNave BM

Pelancaran rangkaian 5G di Terengganu dijangka bermula pada 2023 di 9 lokasi terpilih

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman mengumumkan pelancaran rangkaian 5G di negeri itu dijangka bermula pada 2023.

Seperti yang dikatakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semasa pembentangan Bajet 2023 negeri semalam, Ariffin mendedahkan bahawa liputan 5G akan dilaksanakan secara berperingkat.

Exco Terengganu menyatakan pelancaran rangkaian 5G di negeri ini akan bermula di sembilan lokasi terpilih pada tahun depan. Lokasi tersebut adalah:

Ariffin menegaskan bahawa garis masa dan lokasi yang dinyatakan adalah berdasarkan perbincangan Kerajaan Negeri Terengganu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Seperti infrastruktur rangkaian 5G lain di Malaysia, ia akan dibina dan diselenggara di bawah Digital Nasional Berhad (DNB).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Bernama

Exit mobile version