Site icon TechNave BM

Pelancaran realme 5i Malaysia: Snapdragon 665 dan bateri besar 5000 mAh dengan harga RM599

realme Malaysia telah melancarkan keluarga terbarunya, realme 5i pada hari ini. Dengan membawa imej ‘Quad Camera Battery Hero‘, pastinya realme 5i menjanjikan prestasi kamera quad dan bateri yang baik. Bermula dengan harga murah bernilai RM599 (varian RAM 4GB + ROM 64GB), anda kini boleh mendapatkan peranti dengan kapasiti bateri yang besar.

Berkenaan reka bentuk, anda boleh menyesuaikan peranti bersama citarasa anda dengan memilih pilihan warna Aqua Blue atau Forest Green. Peranti hadir dengan paparan IPS LCD berukuran 6.52 inci, nisbah skrin-ke-badan 83.2% dan resolusi 720 x 1600 piksel . Untuk pengetahuan anda, corak panel belakang realme 5i direka oleh mesin pengukir radium Jerman.

Paparan 6.52 inci dengan kamera bertakuk
Panel belakang realme 5i
Ukiran jelas Sunrise Design daripada mesin pengukir radium Jerman
Bicu audio dan gril pembesar suara

realme 5i dikuasai processor Qualcomm Snapdragon 665 AIE dengan generasi ke-3 Qualcomm AI Engine yang memantapkan prestasi gaming anda. Tidak lupa kepada bateri berkapasiti besar 5000 mAh yang menjadikan peranti ini hero bateri walaupun dengan pengecas biasa 10W.

Mengenai kamera pula, realme 5i dilengkapi kamera quad 12MP + 8MP (lensa ultra-lebar) + 2MP (lensa potret) + 2MP (lensa ultra-makro).

Pandangan jarak dekat tetapan kamera quad

realme Buds Air

Bersama pelancaran telefon pintar realme 5i, realme turut mengumumkan realme Buds Air dengan pemacu 12mm dynamic boost driver. Dilengkapi Bluetooth 5.0 dan Pengecas Wayarles 10W, earphone ini pastinya memberi kebebasan dalam mendengar muzik selama lebih kurang 17 jam tanpa sempadan.

realme Buds Air hadir dengan reka bentuk yang ringan dan sesuai dengan liang telinga anda pada harga RM299. realme Buds Air hadir dengan pilihan warna putih sahaja. Yang menariknya, earphone ini dilengkapi Google Assistance yang membenarkan sentuhan pintar untuk mengawal apa sahaja seperti menukar lagu, menjawab panggilan dan kelantangan muzik.

Dengan gabungan realme 5i dan realme Buds Air, anda boleh menikmati muzik di mana sahaja. Telefon pintar realme 5i dijual bermula pada 18 Januari 2020. Jika anda ingin mendapatkannya secara dalam talian, anda boleh membelinya di Lazada bermula pada 28 Januari 2020. Kepada peminat realme Buds Air, earphone wayarles pintar ini boleh didapati dengan secara dalam talian di Shopee bermula pada 21 Januari 2020. Jangan lupa untuk mendapatkan realme Buds Air dengan harga runtuh RM199 jika anda membelinya pada 21 Januari 2020 di Shopee!

Untuk ciri teknologi dan spesifikasi lanjut realme 5i, anda boleh ke capaian ini. Maklumat lanjut mengenai realme 5i dan realme Buds Air pula boleh didapati di capaian ini. Untuk berita terkini mengenai pelancaran telefon pintar, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda berminat dengan realme 5i? Beritahu kami di laman Facebook sekarang.

Exit mobile version