Site icon TechNave BM

Pelancaran realme C11 di Malaysia: Telefon kelas permulaan dengan bateri 5,000mAh, skrin 6.5 inci berharga RM429

realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon kelas permulaan terbaru bernama realme C11. Telefon yang ditujukan kepada golongan belia ini dilengkapi cipset MediaTek Helio G35 2.3GHz dan bakal dijual pada harga RM429 bermula Selasa, 7 Julai.

Daya penarik utama dalam telefon ini tentunya adalah baterinya yang besar, dengan kapasiti sebesar 5,000mAh di mana realme mengatakan C11 adalah telefon realme yang mempunyai hayat bateri yang paling lama. Selain itu, ia juga mempunyai skrin HD+ Mini-Drop yang agak besar, berukuran 6.5 inci dan mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 88.7%

Daripada segi kamera pula, ia mempunyai dua kamera yang merangkumi kamera utama 13MP f/2.2 dan kamera potret. Ia mempunyai kebolehan zum 4x, mod HDR automatik, rakaman 1080p, rakaman gerak perlahan sehingga 90fps dan penggambaran malap melalui mod Nightscape. Kamera hadapan pula adalah kamera 5MP.

Berikut adalah ringkasan spesifikasi realme C11:

Pelanggan yang berminat boleh membelinya di laman rasmi realme di Shopee bermula Selasa, 7 Julai ini. Beritahu kami di Facebook jika anda ingin membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version