Site icon TechNave BM

Pelancaran realme C3 Malaysia: Telefon bajet dengan bateri besar dan prestasi hebat berharga RM499 sahaja

Terdahulu, realme C3 telah dilancarkan buat pertama kalinya di Indonesia. Melangkah ke Malaysia, peranti mampu milik dengan bateri gergasi ini kini dilancarkan di Malaysia dengan harga RM499. Semestinya, anda sudah ketahui ciri teknologi dan spesifikasi peranti mampu milik ini, tetapi sekali lagi kami ingin kongsikan spesifikasinya secara ringkas.

Sepintas lalu, realme C3 hadir dengan rekaan Sunrise pada panel belakangnya (mengurangkan calar) dan dihuni cipset MediaTek Helio G70. Apa yang menariknya, dengan harga mampu milik ini, anda boleh memiliki peranti dengan kapasiti bateri gergasi 5,000mAh dan kebolehan untuk bermain game seperti dalam telefon gred lebih tinggi!

Untuk pembelian realme C3 secara dalam talian, anda boleh mengunjungi Shopee bermula hari ini (3 Mac) jam 6.00 petang manakala jualan luar talian pula bermula pada 7 Mac. Seperti yang kami sudah umumkan sebelum ini, realme mempunyai kejutan jualan istimewa kepada pembeli awal! Jika anda membeli pada hari ini (3 Mac) untuk belian dalam talian dan pada 7 Mac untuk belian luar talian, anda layak mendapatkan enam bulan waranti tambahan.

Jika itu masih tidak cukup menarik, anda boleh mendapatkan diskaun RM20 di Shopee jika anda menggunakan kod promosi Colourful, tetapi anda harus cepat kerana diskaun ini hanya boleh digunakan sehingga 3 Mac, 11.59 malam sahaja. Berikut merupakan spesifikasi ringkas peranti untuk anda telusuri sebelum membelinya.

Anda juga boleh menonton video kami untuk lebih banyak maklumat mengenai peranti ini:

Adakah anda berminat untuk menyambar peranti dengan bateri gergasi ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version