Site icon TechNave BM

Pelancaran realme X3 SuperZoom dengan 60X zum periskop dan Snapdragon 855+ di Malaysia 28 Mei ini

Menepati jangkaan khabar angin sebelum ini, realme Malaysia mengumumkan bahawa realme X3 SuperZoom akan dilancarkan pada 28 Mei 2020, jam 11 pagi melalui sebuah siaran langsung. Untuk pengetahuan anda, peranti ini adalah peranti pertama dengan kombinasi Snapdragon 855+ dengan keupayaan super zum periskop 60x.

Seperti ura-ura sebelum ini, realme X3 SuperZoom akan dilengkapi skrin 120Hz untuk kelancaran paparan. Bukan itu sahaja, anda bakal melihat keupayaan zum periskop 60x melalui tetapan kamera quad utama 64MP.

Kesemua spesifikasi bertahap flagship ini terkumpul di dalam realme X3 SuperZoom. Untuk menyaksikan pelancarannya, anda boleh menonton di laman rasmi Facebook realme Malaysia pada 28 Mei 2020, jam 11 pagi. Kekal bersama TechNaveBM.com untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version