Site icon TechNave BM

Pelancaran realme X3 SuperZoom Malaysia: Super Zum 60x + skrin 120Hz berharga RM1,999

Terkini, realme Malaysia telah melancarkan dan sekaligus mengumumkan harga rasmi untuk realme X3 SuperZoom di pasaran Malaysia. realme X3 SuperZoom terdahulu telah dilancarkan di pasaran Eropah, jadi spesifikasi menonjolnya sudah diketahui ramai.

Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya di bawah memandangkan kami akan memfokuskan tentang ciri teknologi menonjol yang hadir. Tetapan kamera utama 64MP yang hadir bukan calang-calang kerana anda mampu melihat bangunan sejauh 15KM melalui zum periskop 60x. Kamera hadapannya pula tidak kurang hebatnya, dengan tetapan dwi-lensa 32MP dengan sensor Sony IMX616 dan lensa ultra-lebar 8MP. Selain itu, peranti ini juga mempunyai kebolehan penggambaran malap yang sangat canggih, dengan mod seperti Starry Mode untuk penggambaran angkasa, Nightscape Pro Mode dan Nightscape AI Mode.

realme X3 SuperZoom sememangnya berfokuskan zum periskop 60x, tetapi tidak kurang juga hebatnya dari aspek prestasi. Ia dilengkapi cipset Snapdragon 855+, skrin 120Hz dengan nisbah aspek 20:9 dan resolusi Full HD+, storan UFS3.0, sistem penyejukan cecair, bateri 4,200mAh dan pengecasan pantas 30W Dart Charge yang mampu mengecas penuh selama 55 minit sahaja.

Anda boleh mendapatkannya dengan harga RM1,999 untuk varian 8GB+128GB, manakala RM2,299 untuk varian 12GB+256GB. Jika anda ingin mendapatkan varian berharga RM1,999 dengan potongan harga RM200, anda boleh membelinya melalui Lazada pada 2 Jun (perlu diingatkan bahawa unit adalah terhad dan harga RM1,799 adalah untuk sehari sahaja). Untuk varian lain, anda boleh mendapatkannya melalui pengedar sah realme di seluruh Malaysia bermula pada 6 Jun dan anda berpeluang membawa pulang hadiah menarik.

Kami tidak sabar untuk melihat gambar melalui tetapan kamera realme X3 SuperZoom, terutamanya dengan Starry Mode. Apakah pandangan anda mengenai realme X3 SuperZoom? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version