Site icon TechNave BM

Pelancaran realme X50 Pro 5G di Malaysia: Snapdragon 865, Super AMOLED 90Hz, SuperDart Charge 65W berharga RM2,999

realme Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah telefon pintar flagship, realme X50 Pro 5G, yang akan mula dijual esok (7 Julai) di Lazada pada harga RM2,999.

Telefon pintar flagship ini dilengkapi pelbagai spesifikasi canggih namun dijual pada harga yang agak rendah berbanding telefon flagship jenama lain. Antara spesifikasi yang menjadi tarikan peranti ini adalah cipset Snapdragon 865 5G, skrin Super AMOLED 90Hz, pengecasan SuperDart Charge 65W, empat kamera 64MP, dua kamera swafoto 32MP, RAM LPDDR5, storan UFS 3.0 dan pelbagai spesifikasi flagship lain.

Berikut adalah spesifikasi penuh realme X50 Pro 5G:

realme X50 Pro 5G akan mula dijual di Lazada bermula Selasa, 7 Julai pada harga RM2,999 untuk varian 12GB+256GB. Selain itu, ia akan mula dijual di semua pengedar sah bermula Sabtu, 11 Julai.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan telefon flagship realme ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version