Site icon TechNave BM

Pelancaran Samsung Galaxy Note 10 Lite di India menjadi tanda ia bakal muncul di Malaysia

Terdahulu, Samsung telah mengumumkan kemunculan Samsung Galaxy Note 10 Lite dalam keluarga siri Galaxy Note 10. Samsung kini melancarkan telefon pintar tersebut di India dengan sokongan S-Pen dan bateri berkapasiti 4500 mAh.

Sepintas lalu, terima kasih kepada khabar angin lalu yang telah meramalkan ciri teknologi dan spesifikasi Samsung Galaxy Note 10 Lite ini. Sudah kita sedia maklum bahawa peranti ini merupakan versi yang lebih mampu untuk dimiliki berbanding siri Galaxy Note 10 lain.

Paparan Note 10 Lite bagaimanapun memiliki skrin Super AMOLED berukuran 6.7 inci yang lebih besar berbanding Galaxy Note 10. Dengan memiliki cipset Exynos 9810 yang hadir pada varian RAM 6GB atau 8GB dan storan 128GB, peranti ini sememangnya menjadi pilihan untuk nilai yang lebih mampu dimiliki.

Tidak lupa juga kepada bateri berkapasiti 4500 mAh, kamera utama 12MP + 12MP (ultra-lebar) + 12MP (lensa telefoto) dan kamera hadapan 32MP yang melengkapi ciri teknologi Samsung Galaxy Note 10 Lite. Samsung juga menjanjikan pengecas pantas untuk versi Lite ini!

Apa pun, dengan pelancaran di India ini, pastinya Samsung Galaxy Note 10 Lite ini bakal kunjung tiba di Malaysia. Kami akan mengemas kini tarikh pelancarannya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Anda sudah memiliki siri Samsung Galaxy Note 10? Beritahu di laman Facebook kami. Bandingkan harga dan spesifikasi siri Samsung Galaxy Note 10 di sini.

Sumber: Gadgets360

Exit mobile version