Site icon TechNave BM

Pelancaran siri Huawei nova 7: Kirin 985, pengecasan pantas 40W, harga bermula ~RM1476

Terkini, Huawei kembali mewarnai arena teknologi dengan melancarkan siri Huawei nova 7. Siri ini dibarisi Huawei nova 7, Huawei nova 7 Pro dan Huawei nova 7 SE. Antara spesifikasi menonjol pada siri kali ini adalah cipset berprestasi Kirin 985 bersama sokongan teknologi pengecasan pantas sehingga 40W.

Huawei nova 7 dan versi Pro dilengkapi cipset Kirin 985, manakala varian Huawei nova SE pula dilengkapi Kirin 820. Huawei nova 7 dan versi Pro mempunyai spesifikasi menonjol yang sama seperti dwi-kamera selfie 32MP dan pengecasan pantas 40W. Perbezaannya cuma pada saiz paparan! Varian Huawei nova SE pula hadir dengan spesifikasi yang bersesuaian untuk harga yang lebih berpatutan! Semak spesifikasi ketiga-tiga varian di bawah.

Huawei nova 7 Pro

Huawei nova 7

Huawei nova 7 SE

Huawei nova 7 Pro

Huawei nova 7

Huawei nova 7 SE

Apa pun, yang dinyatakan di atas adalah harga berdasarkan harganya di China sahaja. Kami masih tidak mempunyai sebarang maklumat rasmi berkenaan keberadaannya di Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi dan pelancaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version