Site icon TechNave BM

Pelancaran siri realme GT2 secara global disahkan, lebih banyak tablet dan komputer riba akan tiba pada 2022

Awal minggu ini realme mengumumkan telefon pintar terbaharunya iaitu GT2 dan GT2 Pro dan kini VP realme dan ketua kumpulan perniagaan realme International, Madhav Sheth telah mengesahkan siri GT2 akan dilancarkan di pasaran global tidak lama lagi.

Eksekutif itu juga mengacah pengumuman tablet dan komputer riba baharu bagi tahun 2022 serta rancangan untuk membawa produk AIoTnya ke AS. Menurut Sheth, kita sepatutnya menjangkakan keluaran antarabangsa bagi siri andalan GT2 tidak lama lagi yang akan diadakan di Eropah.

Tarikh sebenar untuk pelancaran ini masih belum disahkan tetapi kami akan memaklumkan anda sebaik sahaja ia diputuskan. India juga akan menjadi sebahagian daripada pelancaran siri GT 2 global. Eksekutif Realme itu turut mengacah beberapa tablet Android baharu dan komputer riba berkuasa Windows yang dilancarkan tahun ini.

realme telah mengesahkan bahawa ia akan menjadi salah satu jenama pertama yang mengeluarkan komputer riba yang dikuasakan oleh cip siri H generasi ke-12 terbaharu Intel. Kami juga boleh menjangkakan lebih banyak pelancaran audio, boleh-pakai (wearables) dan smartTV.

Bagi kemas kini perisian, Sheth mengulangi matlamat realme untuk menyampaikan kemas kini OS selama dua tahun dan kemas kini keselamatan sehingga tiga tahun untuk telefonnya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version