Site icon TechNave BM

Pelancaran siri Redmi Note 9 Pro: Snapdragon 720G dan kamera quad 64MP bermula dari ~RM745

Pelancaran siri Redmi Note 9 telah disahkan pada awal minggu lepas dan kini ianya telah rasmi dilancarkan di India. Apa yang mengejutkan kami adalah skema penamaannya. Daripada menamakannya sebagai varian biasa dengan versi Pronya, Redmi India memperkenalkan kedua-dua model ini sebagai Redmi Note 9 Pro dan Note 9 Pro Max.

Dalam artikel sebelum ini, kami telah membongkarkan maklumat mengenai siri Redmi Note 9 Pro termasuklah reka bentuk dan spesifikasinya. Melalui pelancarannya di India hari ini, kebanyakan khabar angin terbukti benar. Daya penarik utama pelancaran ini adalah Redmi Note 9 Pro Max yang hadir dengan cipset Snapdragon 720G, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Ia juga hadir dengan tetapan kamera quad yang dihuni lensa utama 64MP, kamera ultra sudut-lebar 8MP, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 2MP.

Untuk Redmi Note 9 Pro, ia hadir dengan RAM lebih kecil iaitu 6GB, kamera utama yang lebih sederhana 48MP dan kamera selfie 16MP. Selain itu, kedua-dua peranti ini merupakan pelanduk dua serupa dari segi aspek reka bentuk dan spesifikasi lain. Sebagai tambahan, kedua-dua peranti hadir dengan sensor cap jari sisi (side-mounted), panel belakang Corning Gorilla Glass 5, blaster IR dan sokongan fotografi RAW.

Redmi Note 9 bakal tersedia di India bermula pada 17 Mac 2020, manakala Note 9 Pro Max akan mula dijual bermula pada 25 Mac 2020. Jadi adakah anda berminat dengan peranti kelas pertengahan ini jika ia tiba di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Redmi Note 9 Pro Max

Redmi Note 9 Pro

Harga siri Redmi Note 9 Pro:

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version