Site icon TechNave BM

Pelancaran siri Redmi Note 9: Snapdragon 720G dan kamera quad 64MP, harga bermula ~RM855

Terkini, Xiaomi telah melancarkan siri Redmi Note 9 di pasaran teknologi global. Siri ini terdiri daripada Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro dengan beberapa spesifikasi menonjol seperti cipset berprestasi Qualcomm Snapdragon 720G dan kamera quad 64MP seperti berciri flagship.

Redmi Note 9 Pro tampil dengan Snapdragon 720G yang menyokong prestasi lancar untuk pelbagai fungsi telefon pintar terutamanya gaming dan kamera quad 64MP yang menggilap prestasi fotografi. Perbezaan di antara Redmi Note 9 dan versi Pro adalah dari segi kamera, RAM, varian storan, tetapan lensa utama, paparan dan pengecasan pantasnya. Semak spesifikasi asas di bawah dan klik pada pautan ini untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro.

Redmi Note 9

Redmi Note 9 Pro

Untuk peranti yang menyeimbangkan prestasi fotografi dan gaming, anda mungkin boleh pertimbangkan siri Redmi Note 9 dengan harga yang berpatutan ini. Harga untuk Redmi Note 9 varian 3GB+64GB berharga $199 (~RM855), varian 4GB+128GB berharga $249 (~RM1,070), manakala Redmi Note 9 Pro varian 6GB+64GB berharga $269 (~RM1,156) dan varian 6GB+128GB berharga $299 (~RM1,285). Menurut Xiaomi, siri Redmi Note 9 ini bakal hadir di pasaran global bermula pada pertengahan Mei ini.

Kami menjangkakan Xiaomi Malaysia semestinya akan membawa masuk peranti ini ke pasaran Malaysia. Apa pun, nantikan berita pelancarannya di Malaysia melalui kami. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar dan teknologi terkini.

Exit mobile version