Site icon TechNave BM

Pelancaran sistem pembayaran kad tanpa nombor GrabPay Card di Malaysia pada tahun ini

GrabPay sebagai platform dompet digital bukanlah sesuatu yang baru. Grab merupakan salah satu yang terawal menubuhkan platform dompet digital GrabPay. Terdahulu, GrabPay juga menjadi medium rasmi pengagihan e-Tunai Rakyat RM30 bagi yang berkelayakan.

Terkini, sumber melaporkan Grab bakal melancarkan sistem pembayaran kad tanpa nombor di Malaysia. Sepintas lalu, Grab telah melancarkan GrabPay Card pada Disember lalu di Singapura. Rakyat Malaysia juga bakal menikmati sistem pembayaran kad tanpa nombor ini!

Sumber juga melaporkan bahawa sistem pembayaran kad tanpa nombor ini merupakan inisiatif Grab untuk mengelakkan kecurian identiti kewangan individu. Walaupun kami masih tiada tarikh rasmi untuk pelancaran sistem kad ini, tetapi semestinya ia akan dilancarkan pada bila-bila masa sahaja mulai sekarang.

Untuk kemas kini tarikh pelancarannya, nantikan berita Grab terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Sudahkah anda menebus e-Tunai Rakyat RM30 melalui GrabPay? Beritahu di laman Facebook kami sekarang.

Sumber: lowyat.net | Grab

Exit mobile version