Site icon TechNave BM

Pelancaran tablet PerantiSiswa ditangguh, tender pembekal awal dibatalkan

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengatakan pengagihan tablet percuma kepada pelajar universiti kategori B40 akan ditangguhkan selepas tender pembekal awal dibatalkan. Pembatalan itu dibuat oleh kementerian kewangan sambil menambah bahawa beliau tidak mempunyai butiran di sebalik keputusan itu.

Beliau berkata Kementerian Kewangan mempunyai hak prerogatif untuk membuat keputusan ke atas tender untuk jumlah tertentu termasuk peranti di bawah program PerantiSiswa. Tender baharu telah dibawa baru-baru ini dan sebuah firma telah disenarai pendek. 

Kementerian Kewangan akan membuat keputusan terakhir menyebabkan kelewatan dalam pengedaran peranti yang di mana peranti tersebut seharusnya mula diagih pada bulan Jun. Kini, beliau menjangkakan kerajaan akan mula mengagihkan tablet sekitar pertengahan Julai.

Penilaian kali kedua ini akan dilakukan secara dalam talian, berkemungkinan keputusan akan diumumkan pada pertengahan Jun. Lebih 100,000 unit tablet diedar kepada lebih 200 universiti di seluruh negara. Kira-kira 400,000 pelajar yang layak menerima tablet tersebut.

Program PerantiSiswa di bawah Bajet 2022 bertujuan untuk memudahkan pelajaran dalam menyediakan tablet kepada pelajar yang layak di universiti awam dan swasta termasuk politeknik, kolej komuniti dan swasta.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Free Malaysia Today

Exit mobile version