Site icon TechNave BM

Pelancaran vivo Y30 di Malaysia: Bateri 5,000mAh, skrin 6.47 inci & 4 kamera berharga RM899

vivo Malaysia telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru, vivo Y30, yang dijual pada harga RM899. Ia akan dijual mulai hari ini di kedai rasmi vivo, pengedar sah dan platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan vivo Store.

vivo Y30 menampilkan skrin Ultra O Screen berukuran 6.47 inci dengan sempadan (bezel) yang nipis. Ia juga dilengkapi bateri besar 5,000mAh yang tentunya boleh tahan selama sehari dengan mudah.

Daripada segi kamera, ia dilengkapi empat kamera AI yang dibarisi kamera kamera utama 13MP, kamera ultra-lebar Super 8MP, kamera Super-Macro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Kamera hadapan pula adalah kamera 8MP.

Ia dikuasai oleh cipset Mediatek MT6765 Helio P35, RAM 4GB, storan dalaman 128GB dan sistem operasi Funtouch OS 10 berdasarkan Android 10. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu biru Dazzle Blue dan putih Moonstone White.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan vivo Y30 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version