Site icon TechNave BM

Pelancaran Xiaomi 13 dan iQOO 11 ditangguh bagi menghormati pemergian bekas Perdana Menteri

Xiaomi dan iQOO sedang bersiap sedia untuk melancarkan siri telefon pintar terbaharu mereka di China tidak lama lagi. Bagaimanapun, kedua-dua jenama itu baru sahaja mengumumkan bahawa acara pelancaran mereka telah ditangguhkan berikutan kematian bekas Perdana Menteri China iaitu Jiang Zemin.

Untuk pengetahuan, Jiang Zemin adalah pemimpin komunis China dan merupakan ketua yang membantu negara memperoleh kedudukannya sebagai kuasa besar global. Jiang Zemin telah meninggal dunia pada usia 96 tahun menurut agensi berita tempatan. Berikutan berita ini, Xiaomi mengumumkan bahawa mereka akan menangguhkan pelancaran siri Xiaomi 13.

Syarikat itu seterusnya menambah bahawa telefon pintar yang akan datang akan diumumkan tidak lama lagi tetapi masih belum mendedahkan secara rasmi tarikh pelancaran. Mengikut khabar angin, ia mungkin akan dilancarkan sama ada pada 7 atau 8 Disember ini.

Pada masa yang sama, iQOO juga telah mengumumkan penangguhan acara pelancarannya untuk siri peranti utama iQOO 11. Semasa persidangan iQOO, jenama itu juga bersedia untuk mengumumkan model iQOO Neo 7 SE. Walau bagaimanapun, atas faktor yang sama juga iQOO telah menangguhkan pelancarannya.

Namun, iQOO telah membuat pengumuman rasmi bahawa acara iQOO 11 akan diadakan pada 8 Disember ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina 1 | 2

Exit mobile version