Site icon TechNave BM

Pelancaran Xiaomi Mi Note 10 Malaysia: Kamera penta 108MP bermula dengan harga RM2099

Salah satu pelopor dalam dunia peranti yang cukup berinovasi untuk mencuba pelbagai teknologi baru, Xiaomi telah melancarkan satu peranti dengan reka bentuk epik dilengkapi sistem kamera penta pada hari ini. Xiaomi mewar-warkan siri Xiaomi Mi Note 10 sebagai peranti pertama di dunia dengan kamera utama 108MP.

Direka secara ergonomik untuk keselesaan semasa memegang peranti, pengguna boleh menikmati pengalaman fotografi dan videografi memuaskan dengan gabungan kamera penta. Dengan harga permulaan RM2099, kini anda mampu menangkap apa jua detik seperti pro.

Dengan pek bateri besar, pengecas pantas 30W dan spesifikasi fotografi serba boleh, anda mungkin berfikir sejenak sama ada ini peranti berkamera atau kamera berperanti. Pelancaran siri Mi Note 10 ini turut mengumumkan kehadiran Mi Note 10 Pro yang turut berupaya menjadikan anda bervisi hebat dalam fotografi, tetapi dengan spesifikasi yang berbeza.

Xiaomi juga tekad mendengar dan memuaskan keperluan pengguna untuk perluasan storan dan kelajuan RAM dengan menaik taraf Mi Note 10 Pro yang dilengkapi RAM 8GB dan storan sebanyak 256GB.

Anda boleh mendapatkan peranti Xiaomi Mi Note 10 di mana-mana pengedar Xiaomi yang sah sama ada dalam talian atau luar talian. Untuk pengedar dalam talian, anda boleh membelinya di Lazada. Untuk membandingkan harga, ciri teknologi dan spesifikasi peranti ini, anda boleh ke capaian ini.

Untuk maklumat lebih lanjut dan berita terkini mengenai pelancara telefon pintar, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda ingin menyambar Xiaomi Mi Note 10? Beritahu kami di laman Facebook sekarang.

Exit mobile version