Site icon TechNave BM

Pelanggan Astro boleh beli buku di BookXcess dengan diskaun hingga 80%

Tiada yang menggembirakan melainkan berita promosi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Terkini, Astro dan gedung buku BookXcess berkolaborasi untuk memberikan anda tawaran menarik tanpa perlu keluar daripada rumah! Apa pun, tawaran ini terhad kepada pelanggan Astro sahaja.

Untuk pelanggan Astro, anda boleh mendapatkan penghantaran percuma jika anda membeli buku di BookXcess secara dalam talian dengan menggunakan kod promo BXASTRO. Kod promo ini sah digunakan dengan pembelian minimum RM60. Bukan setakat penghantaran percuma, anda juga boleh mendapat diskaun sehingga 80% melalui gedung buku dalam talian BookXcess.

Antara buku popular dengan diskaun hebat!

Untuk mendapatkannya, kunjungi laman web rasmi BookXcess dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita promosi teknologi terkini.

Exit mobile version