Site icon TechNave BM

Pelanggan Astro IPTV kini boleh tonton semua saluran Ultra Box termasuk On Demand dan saluran 4K UHD

Terkini, Astro mengumumkan bahawa semua pelanggan Astro IPTV boleh menikmati ciri-ciri Ultra Box. Pelanggan Astro IPTV yang boleh menikmati pengalaman Ultra Box ini adalah pelanggan IPTV yang menggunakan bersama rangkaian Maxis Hombe Fiber dengan kelajuan dari 30Mbps.

Pelanggan IPTV kini dapat menonton semua saluran termasuk saluran 4K UHD (CH 780) dan kandungan On Demand dalam Ultra Box. Bukan itu sahaja, anda juga dapar menikmati ciri-ciri seperti 4K UHD, Rakaman Awan (Cloud Recording), paparan pengguna baharu yang lebih lancar ditawarkan kesemua peranti, cadangan kandungan yang diperkukuhkan mengikut padanan tontonan, fungsi ‘play from start’ dan keupayaan untuk merakam pelbagai program secara serentak.

Untuk pengetahuan anda, semua pelanggan Astro IPTV tanpa kontrak boleh menaik taraf ke Ultra Box secara percuma, tetapi untuk menikmati tontonan berkualiti 4K UHD, pelanggan memerlukan TV 4K yang serasi. Pelanggan baharu Astro IPTV dari Pek Starter pula boleh menaik taraf kepada Ultra Box dengan percuma serta menikmati rebat* sebanyak RM10/bulan. Manakala pelanggan Pek Super dan Pek Super Plus Astro IPTV sedia ada boleh menikmati naik taraf percuma ke Ultra Box dengan rebat* sebanyak RM20/bulan. Perlu diingatkan bahawa rebat hanyalah untuk 24 bulan pertama sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara menaik taraf serta rebat eksklusif, anda boleh menghubungi 03 7490 8000 atau layari www.astro.com.my/broadband. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version