Site icon TechNave BM

Pelanggan awal iPhone 13 terpaksa menunggu lebih lama untuk dapatkan telefon mereka

Analisa Apple mengatakan bahawa pelanggan yang sudah menempah iPhone 13 perlu menunggu dalam jangka waktu yang sangat panjang. Jangka waktu menunggu ini merupakan yang paling lama dalam dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini terjadi kerana permintaan terhadap iPhone 13 yang terlampau tinggi dan rantaian bekalan tergendala.

Waktu penghantaran untuk Apple iPhone 13 selepas pelancarannya dijadikan kayu pengukur oleh para analisis untuk menilai permintaan bagi segmen andalan dalam siri tersebut. Tetapi, tahun ini terdapat isu perdana mengenai rantaian bekalan yang melanda Apple menjelang musim percutian membeli-belah.

Analisa daripada J.P. Morgan dan Credit Suisse mengatakan bahawa pelanggan seluruh dunia yang sudah menempah iPhone terbaru ini secara atas talian perlu menunggu lebih daripada empat minggu untuk model iPhone 13 Pro dan Pro Max manakala untuk model iPhone 13 pelanggan perlu menunggu lebih kurang 2 minggu.

Amerika Syarikat yang merupakan penyumbang kepada satu pertiga peghantaran iPhone mengambil masa antara 19 hingga 34 hari pada minggu kedua berbanding pada minggu pertama yang hanya mengambil masa antara 7 hari hingga 20 hari. Pelbagai aduan telah dikemukakan oleh pelanggan yang telah menempah iPhone pada hari pra-tempahannya secara atas talian kerana masalah penghantaran yang terlampau lama.

Pada Ahad lalu, beberapa pembekal Apple dan Tesla menangguhkan pengeluarannya di beberapa kilang di China selama beberapa hari kerana mematuhi dasar penggunaan tenaga pekerja yang ketat dan menjadikan rantaian bekalan berisiko kerana musim kemuncak bagi barangan elektronik.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version