Site icon TechNave BM

Pelanggan Celcom boleh gunakan rangkaian 5G secara percuma sehingga 31 Disember 2022

Celcom Axiata Berhad (Celcom) mengumumkan bahawa para pelanggannya yang memiliki peranti berkeupayaan 5G boleh memanfaatkan rangkaian 5G bermula hari Selasa, 1 November 2022. Rangkaian ini boleh diakses oleh pelanggan prabayar dan pascabayar terpilih di kawasan yang menerima liputan 5G.

Bagi menyambut kehadiran 5G, Celcom akan mengetepikan yuran akses 5G buat para pelanggan. Mereka boleh menggunakan internet 5G secara percuma berdasarkan kuota data yang dipersetujui dalam pelan telekomunikasi yang dilanggan sehingga 31 Disember 2022.

Selain itu, para pelanggan Celcom juga boleh mengakses perayauan (roaming) 5G di 14 negara serta pelbagai jenis kandungan 5G Virtual Reality.

Berikut adalah senarai pelan Celcom yang boleh mengakses 5G secara percuma sehingga 31 Disember 2022:

Pascabayar

Prabayar

Celcom akan menganjurkan beberapa jerayawara dan acara bertemakan 5G bagi memaparkan kebolehan rangkaian ini. Layari laman web Celcom untuk maklumat lanjut mengenai tawaran 5G oleh mereka.

Beritahu kami di Facebook jika anda teruja dengan rangkaian 5G Celcom dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version