Bermula 17 Mei 2025 (Sabtu ini), para pelanggan CIMB tidak akan lagi menerima sebarang pemberitahuan (notification) untuk mana-mana transaksi. Sebaliknya, sebarang pemberitahuan akan dimaklumkan melalui aplikasi CIMB OCTO sahaja.
Menurut laman web CIMB, sistem baharu ini menghentikan pemberitahuan PTA (Post Transaction Alert) melalui SMS dan akan diganti dengan pemberitahuan pacuan (push notifications) melalui aplikasi CIMB OCTO. Ia melibatkan sebarang transaksi dalam aplikasi CIMB OCTO, laman web CIMB Clicks dan pembayaran FPX.
Bagi melancarkan transaksi, pengguna dinasihatkan untuk menghidupkan pemberitahuan dalam tetapan CIMB OCTO. Anda boleh lakukannya dengan mengakses Lagi > Tetapan > Urus Notifikasi.
Ini merupakan pengumuman terbaru mengenai perbankan internet oleh CIMB, selepas mereka menamatkan sepenuhnya aplikasi CIMB Clicks pada bulan lalu.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: CIMB

