Site icon TechNave BM

Pelanggan prabayar U Mobile kini boleh nikmati Hujung Minggu 5G Tanpa Had secara percuma

Untuk mendapatkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati sambungan 5G, U Mobile memperkenalkan Hujung Minggu 5G Tanpa Had percuma untuk pelanggan prabayarnya pada Prabayar U35 dan pelan Prabayar U40 yang baru dilancarkan.

Tawaran ini akan bermula pada tengah malam setiap hari Sabtu dan berakhir pada 11.59 malam setiap Ahad. Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan perlu menebusnya setiap minggu melalui aplikasi MyUMobile dan mesti berada dalam kawasan liputan rangkaian 5G dengan peranti yang serasi.

Pelanggan yang tidak berada dalam kawasan rangkaian 5G atau tidak memiliki peranti yang serasi, masih boleh menikmati kelajuan data yang tidak terhad pada rangkaian 4G U Mobile.

Untuk pengetahuan anda, pelan Prabayar U40 yang baru dilancarkan ini berharga RM40 sebulan. Ia bukan sahaja menawarkan data dan panggilan tanpa had, tetapi ia juga menyediakan hotspot tanpa had supaya pelanggan boleh berkongsi data mereka pada berbilang peranti.

Pelanggan prabayar yang berminat untuk kelajuan tinggi tanpa had 5G juga kini boleh membeli Pelan Harian atau Mingguan 5G bermula dari hanya RM3 sehari. Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Hujung Minggu 5G Tanpa Had dan semua tawaran prabayar U Mobile, anda boleh lawati laman web rasmi U Mobile di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version