Site icon TechNave BM

Pelanggan Public Bank dinasihatkan untuk berwaspada dengan taktik “scam” SMS baru

Public Bank telah mengeluarkan notis yang mengingatkan para pelanggan untuk berhati-hati dengan sebarang SMS yang mencurigakan dan kononnya datang daripada pihak bank. Sebuah pihak scammer telah menggunakan nama Public Bank untuk menghantar pesanan SMS palsu kepada orang ramai.

SMS palsu itu mengatakan penerima telah membelanjakan ribuan ringgit dalam platform beli-belah dalam talian menggunakan akaun bank mereka. Jika penerima tidak pernah melaksanakan transaksi tersebut, penerima perlu ‘menghubungi’ nombor yang tertera pada SMS berikut.

Taktik lain yang digunakan dalam SMS palsu ini adalah akaun penerima dikenali sebagai ‘berisiko tinggi’ atau ‘tidak selamat’ dan bakal ditamatkan oleh pihak bank. Dalam taktik ini, penerima SMS perlu menekan pada pautan yang tertera untuk ‘mengesahkan semula’ akaun bank mereka.

Public Bank menegaskan kepada pelanggan agar tidak berinteraksi dengan mesej-mesej di atas kerana ia berisiko untuk mencuri maklumat tentang akaun bank anda. Jika pelanggan mempunyai sebarang pertanyaan, mereka boleh menghubungi nombor telefon yang tertera pada bahagian belakang kad kredit atau perkhidmatan pelanggan Public Bank 03-21768000.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version