Site icon TechNave BM

Pelanggan Yoodo dapat gandaan data berkelajuan tinggi percuma bermula 1 Disember ini

Jika anda menggunakan Yoodo, berita ini adalah berita gembira untuk anda. Yoodo kini mengumumkan bahawa anda akan dapat penambahan data berkelajuan tinggi percuma bermula 1 Disember 2020. Perlu diingatkan bahawa pelan 2GB tidak termasuk dalam penggandaan atau penambahan data untuk promosi Double Special ini.

Dengan harga bermula RM25, anda kini mendapat 5GB + 5GB data. Untuk pakej harga tertinggi RM98 pula, anda mendapat jumlah data 100GB + 100GB. Anda boleh menyemak keseluruhan data tambahan yang diganda tanpa caj tambahan.

Untuk makluman, promosi RM20 untuk data 20GB akan ditamatkan pada 30 November 2020. Pelan Double Special ini akan bermula pada 1 Disember hingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Untuk pengguna baharu, anda boleh melanggan mana-mana pelan selain dari pelan 2GB untuk mendapatkan data gandaan ini. Untuk pengguna Yoodo sedia ada, anda akan mendapat gandaan secara automatik jika pelan anda melebihi 2GB. Untuk pengguna pelan 2GB, anda perlu menaik taraf pelan anda.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh ke laman web rasmi Yoodo. Adakah anda gembira dengan berita ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Yoodo

Exit mobile version