Site icon TechNave BM

Pelantikan Presiden dan Naib Presiden baru oleh Malaysian Digital Association

Terkini, Malaysian Digital Association (MDA) telah mengumumkan Mr. Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Produk REV Media Group dan Eileen Ooi Pengarah Urusan PHD Malaysia masing-masing sebagai Presiden dan Naib Presiden. Pelantikan ini berlaku melalui Mesyuarat Umum Tahunan Ke-11 (11th Annual General Meeting).

Melalui mesyuarat tersebut, Sagau meluahkan penghargaan di atas peluang pelantikan ini dan akan bekerjasama dengan MDA berkenaan cabaran agensi media, agensi media, penerbit digital dan agensi digital dalam melalui pandemik yang memberi kesan kepada perniagaan.

Di sisi yang lain, Ms Ooi yang mewakili Omnicom Media Group (M) Sdn Bhd ingin berkolaborasi dengan pelbagai agensi untuk membuka lebih banyak peluang dalam memperbaik industri ini.

Ms Eileen Ooi (kiri dan Mr Nicholas Sagau (kanan)

Sebagai tambahan, mesyuarat ini turut menyaksikan pelantikan Aravind Menon, (Head of Supply & Product Development of Group M Malaysia) sebagai Setiausaha dan Sophia To, (Head Of Strategy & Business Development), SEA of ADV Malaysia Sdn Bhd sebagai Bendahari. Ahli majlis yang terpilih pula adalah 16TWO Communication Labs Sdn. Bhd., Astro Radio Sdn. Bhd., Carat Media Services (M) Sdn. Bhd., Google Malaysia Sdn. Bhd., IPG Mediabrands Sdn. Bhd., Mudah.my Sdn. Bhd., Nuffnang Sdn. Bhd., Rev Social Malaysia Sdn. Bhd. and Star Media Group Berhad.

Malaysian Digital Association (MDA) ditubuhkan pada 2009, di bawah naungan Mr Serm Tech Choon, telah mencapai pelbagai projek dan aktiviti yang berjaya diuruskan.

Exit mobile version