Site icon TechNave BM

Pelawak Singapura, Jocelyn Chia dapat kembali akaun Instagram, terangkan sebab disekat

Beberapa hari lalu, pelawak Singapura, Jocelyn Chia menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai kerana membuat jenaka mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 malah menghina seorang warga Malaysia di dalam video yang tular.

Akibatnya, akaun Twitter dan Instagramnya telah digantung. Kini, akaun Instagramnya kembali seperti biasa dan dia menyiarkan empat ‘Story’ seperti gambar di bawah. Dia menjelaskan bahawa akaun itu disekat kerana dituduh menyamar sebagai orang terkenal.

Katanya di ‘Story’ Instagram “Ada khabar angin bahawa saya telah memadamkan akaun IG saya atau akaun saya telah dipadamkan.” Dia menambah, “Malah, akaun saya telah dipadamkan kerana menyamar sebagai orang terkenal, siapa orang terkenal itu? Jocelyn Chia” dan melampirkan emoji senyum.

Walaupun Instagram telah dinyahsekat, video rancangan bual bicara Jocelyn Chia masih diturunkan oleh penganjur, Comedy Cellar, sebuah kelab komedi di Manhattan, New York dan akaun TikToknya juga menunjukkan bahawa ia telah ditutup.

Exit mobile version