Site icon TechNave BM

Pelayan Epic Games dan GTA V Online terjejas teruk akibat kehadiran ramai pemain baru

Baru-baru ini, Epic Games telah menawarkan permainan video popular Grand Theft Auto V (GTAV) di Epic Games Store (EGS) secara percuma sehingga 21 Mei. Berikutan jutaan pemain yang ingin mendapatkan game itu secara serentak, pelayan (server) EGS dan GTAV telah terjejas teruk dan ramai pemain baru tidak dapat memainkan game tersebut.

Menurut akaun Twitter Rockstar Support, syarikat itu sedang bekerja keras dalam menyelesaikan masalah tersebut.

GTAV mempunyai komponan dalam talian, GTA Online, yang memerlukan pengguna untuk mendaftar dengan Rockstar Games Services. Memandangkan jutaan pengguna baru di seluruh dunia ingin mendaftar secara serentak, ini tentunya meletakkan beban terhadap pelayannya.

Adakah anda dapat memainkan GTAV sempena tawaran percuma ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version