Site icon TechNave BM

Pelbagai perkhidmatan Apple tergendala selama beberapa jam, termasuk iMessage dan App Store

Beberapa perkhidmatan utama daripada Apple tidak boleh digunakan selama beberapa jam pada hari Isnin lalu, termasuklah Apple Maps, iCloud Mail, iCloud Keychain, App Store, Apple Music, Apple TV Plus dan Apple Podcasts.

Menurut laman web DownDetector.com, lebih 4,000 pengguna melaporkan masalah terhadap Apple Music, manakala lebih 4,000 pengguna lagi melaporkan masalah terhadap iCloud.

Masalah ini bukan sahaja menyukarkan para pengguna produk Apple, malah menyukarkan pekerja Apple sendiri, di mana mereka perlu melakukan pendaftaran, pembaikian dan penghantaran produk dengan menulis di atas kertas kerana mereka tidak boleh mengakses laman web dalaman Apple.

Apple memaklumkan kepada para pekerja mereka bahawa masalah ini muncul daripada domain name system (DNS) iaitu sistem yang membenarkan sebuah komputer untuk dihubungkan dengan pelayan (server) untuk sebuah laman web. Masalah melibatkan DNS bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana sebelum ini perkara serupa telah dialami oleh Facebook, Instagram serta laman web syarikat penerbangan dan perbankan.

Masalah yang membelenggu perkhidmatan Apple ini berjaya diselesaikan pada pukul 3:45pm ET (3:45 pagi waktu Malaysia) hari ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda masih mengalami masalah dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version