Site icon TechNave BM

Peluang gamer Call of Duty: Mobile mewakili Malaysia di Garena World 2020 melalui Kejohanan ESL Malaysia

Berita ini merupakan sebuah berita yang mungkin dinanti-nantikan oleh gamer tegar Call of Duty: Mobile. Terkini, anda mempunyai peluang mewakili Malaysia di Garena World 2020 jika anda menjadi johan dalam Kejohanan ESL Malaysia Championship.

Bukan sekadar merebut peluang beraksi di Garena World 2020, anda juga mampu merebut wang terkumpul sebanyak RM40,000. ESL Malaysia Championship – Call of Duty: Mobile Season 1 dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Kejohanan ini diadakan pada 8 Februari dan 15 Februari.

Jika berminat, pasukan anda boleh mendaftar di sini. Kolaborasi di antara ESL Malaysia dan Yoodo telah membuka peluang keemasan ini. Jadi, apa lagi yang anda tunggu! Untuk maklumat lanjut, kunjungi Facebook Yoodo, Facebook ESL Malaysia atau laman web rasmi Yoodo.

Adakah anda merupakan bakal johan kejohanan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita gaming terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version