Site icon TechNave BM

Peluang terakhir untuk anda dapatkan promosi khas Samsung Galaxy A22!

Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar mampu milik, Samsung Galaxy A22 yang berharga RM899 sahaja mungkin adalah peranti yang sesuai untuk anda. Malah, jika anda membelinya sebelum 31 Ogos 2021, anda akan menerima sarung lutsinar lembut (soft clear cover) bernilai RM39 secara percuma.

Walaupun dengan harga RM899 sahaja, Galaxy A22 sudah memiliki spesifikasi yang sangat canggih seperti empat kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP dengan penstabilan imej optikal (OIS), kamera makro 2MP, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. Ia turut menyokong fungsi Tetra Binning yang boleh meningkatkan prestasi fotografi dalam suasan malap.

Di hadapan, ia dilengkapi skrin Super AMOLED berukuran 6.4 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Spesifikasi dalamannya termasuklah cipset MediaTek Helio G80, bateri 5,000mAh, RAM 8GB, storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD dan pengecasan 15W.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk promosi khas untuk Galaxy A22 ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version