Site icon TechNave BM

Peluang untuk memenangi telefon OPPO A95 dengan hanya tweet sorakan terbaik anda

OPPO Malaysia sedang mengadakan peraduan di media sosial bersempena Piala Suzuki AFF 2020 baru-baru ini. Jika anda terlepas peluang itu, OPPO sedang membuat satu lagi peraduan dan menyediakan sejumlah 12 unit OPPO A95 yang akan diberikan sebagai ganjaran kepada pemenang bertuah.

Peraduan ini dipanggil ‘One Goal, One Cheer, One Giveaway’. Ia sedang berlangsung sehingga 1 Januari 2022. Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu menyertai peraduan di laman Twitter rasmi OPPO semasa hari perlawanan Malaysia. Sebaik sahaja anda melawati akaun Twitter rasmi OPPO, anda hanya perlu mengulas ciri OPPO A95 kegemaran anda sebagai sorakan kreatif untuk Pasukan Malaysia pada tweet dengan hashtag #OPPOA95. Diingatkan bahawa anda perlu menetapkan profil anda kepada umum.

Peserta dialu-alukan untuk menyertai peraduan mengikut jadual seperti berikut dan maksimum dua unit OPPO A95 akan diberikan pada setiap hari perlawanan:

* Hanya terpakai jika pasukan Malaysia layak ke Perlawanan Separuh Akhir dan Akhir.

Selain itu, pelanggan berhak untuk menebus kod promosi tambahan RM100 di kedai dalam talian rasmi OPPO apabila mereka membeli OPPO A95 dari sekarang hingga 1 Januari 2022. Hanya kod terhad yang tersedia dan anda perlu segera dapatkan promosi ini.

Exit mobile version